PENGENALAN PANTUN
*google
Pengenalan
Pantun telah diterima sebagai puisi Melayu asli dan terawal berbanding puisi-puisi Melayu asli lain. Bentuk ynag berangkap-rangkap merupakan cirir sebuah puisi. Dalam hal ini Zaaba menyatakan bahawa fungsi pantun dalam masyarakat Melayu telah meluas sebelum mereka tahu menulis. Pantun juga mempunyai kekuatan estetik yang dipertahankan oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi.
Seterusnya kita lihat ciri-ciri pantun. Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:
Jenis-jenis pantun pula adalah:
kenyang perut suka hati
contoh: buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokan
kami semua baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
contoh: batu belah dalam perahu,
kucing kurus menggaru papan,
kuasa Allah siapa tahu,
kurus badan kerana tak makan.
kucing kurus menggaru papan,
papan digaru kayu mati
kurus badab kerana tak makan
kurus kerana menahan hati
Kategori Pantun
Fungsi Pantun

- karangan berangkap
- mempunyai 4 baris serangkap
- mengandungi 8-12 suku kata
- dari aspek bunyi rima; rima akhir baris pertama sama dengan rima akhir baris ketiga manakala rima akhir baris kedua dan keempat juga sama
- dua baris pertama dinamakan pembayang manakala dua baris akhir merupakan maksud
Jenis-jenis pantun pula adalah:
- Pantun Dua Kerat
kenyang perut suka hati
- Pantun Empat Kerat
contoh: buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokan
kami semua baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
- Pantun Lapan Kerat
- Pantun Sepuluh Kerat
- Pantun Berkait
contoh: batu belah dalam perahu,
kucing kurus menggaru papan,
kuasa Allah siapa tahu,
kurus badan kerana tak makan.
kucing kurus menggaru papan,
papan digaru kayu mati
kurus badab kerana tak makan
kurus kerana menahan hati
Kategori Pantun
- Pantun kanak-kanak
- Pantun kasih sayang
- Pantun berdagang
- Pantun sindiran
- Pantun jenaka
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun adat
- Pantun teka teki
- pantun budi
- pantun kenegaraan atau sejarah
Fungsi Pantun
- untuk berhibur atau berjenaka (diselitkan dalam lagu-lagu dan cerita rakyat)
- untuk menyindir pihah atau golongan tertentu berhubung dengan isu atau fenomena tertentu. (menjelaskan perasaan tidak puas hati dapat dileraikan secara berhemah dan sesuai dengan konteks budaya)
- sebagai nasihat yang bersifat pengajaran
- sebagai alat hubungan komunikasi
- sebagai simbol atau lambang identiti dan pewaris bangsa