PENGENALAN CERPEN
*google
Apa itu cerpen ?
Cerpen adalah kependekan bagi pengertian cerita pendek yang merupakan cerita rekaan dah dihasilkan dalam bentuk prosa. Dari sudut fizikal aspek berhubung kependekan masih tidak jelas ukurannya dan jumlah perkataannya. Aspek yang dikatakan ukuran ini boleh dianggap memadai jika cerpen itu dapat dibacamdalam waktu yang singkat, dalam tempoh sekali duduk, kira-kira dalam setenggah jam hingga dua jam. Cerpen dikatakan bersifat pendek kerana mempunyai kesan kesatuan yang tunggal, watak,plot dan latar yang terhad, tidak beragam, serta tidak kompleks.
Sebagai sebuah cerita rekaan tentunya cerpen bukanlah sesuatu yang benar-benar berlaku tetapi bukan juga sesuatu khayalan semata-mata. Hal ini kerana cerpen diadun dengan fakta sebenar daya imaginasi pengarang dengan memasukkan unsur-unsur emosi dan rasa penciptaan yang memberi kesan emotif kepada khalayak pembaca. Ia dihasilkan berdasarkan pemerhatian yang dilalui dan dimasukkan dalam karya .
Ciri-ciri cerpen

- Jumlah perkataan dalam cerpen adalah dalam lingkungan 500 hingga 20 000 patah perkataan. Cerpen yang mengandungi 500 patah perkataan diistilahkan sebagai cerpen mini manakala yang mengungkapkan 20 000 patah perkataan dikenali sebagai cerpen panjang.
- Tema atau persoalan. Cerita kan tertumpu kepada satu sahaja dan tidak bercabang seperti novel. Seluruh pemusatan cerita tertumpu kepada satu persoalan atau fenomena hidup sahaja.
- Memiliki sati plot yang dikenali sebagai plot utama dan tidak mempunyai plot sampingan.
- Penampilan watak terhad kepada satu hingga 3 watak yang dominan yang menghidupkan cerita.
- Latar, singkat, terhad dan ruang cakupan yang tidak luas. Masa yang diambil untuk sesuatu perjalanan ataupun garapan cerita tidak lama mungkin dalam tempoh beberapa jam sahaja, atau sehari sahaja.
- Meninggalkan kesan kesatuan, bersifat tunggal dari segi tema, plot, dengan watak yang terhad perkataan yang ekonomis perlu berhasil digarap secara satu untuk meninggalkan kesan keutuhan yang semula jadi.
HADIAH dari Anakmu
*** google
Zaimah Ayu terjaga dari tidurnya dengan dihantui perasaan takut, berdebar, gelisah dan bermacam lagi perasaan yang menyelubunginya bagaikan ayam kehilngan anak. Kakinya berat untuk melangkah turun dari katil kesayangannya, bertilam king, berbantal pilot, cukup untuk membuatkan dia terus lena dibuai mimpi. Opps, dia harus bangun untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Maha Penciptanya. Zaimah bergegas bangun mencapai tualanya untuk membersihkan diri serta berwudhuk. Sudah menjadi runtin hariannya setiap pagi mandi sebelum mengerjakan solat. Mengikut sunah nabi. Sejadah dibentangkan, telekung bercorak sulam halus buatan Turkey tersarung indah di tubuh Ayu. Seusai solat subuh, Ayu tidak lupa berwirid dan memohon doa untuk kesejahteraannya serta muslimin dan muslimah.
Debaran di bilik jantung Ayu semakin sukar untuknya menyedup udara pagi segar. Kata-kata ayah sebelum ini menerjah lagi kotak fikirnya.
“Ayu, tak payah la masuk politeknik, abang dan kakak dah belajar kat sana. Ayah nak juga ada anak yang boleh ngaji sampai masuk u. Ayu sambung la sekolah sampai tingkatan 6 ambil STPM, kan pra-u. Cikgu Latifah cakap sebelah kaki dah dapat u yang sebelah lagi kene usaha. Nanti bila masuk u keluar bleh kerja makan gaji, jadi cikgu. Ayah nak harapkan siapa lagi kalau bukan kamu, adik tu ntah macam mana lagi dia”.
Kata-kata ayah berbau permintaan dan penuh harapan. Ayu takut sangat, takut tidak dapat memenuhi harapan ayah untuk melihat anaknya belajar sampai ke menara gading yang menjadi impian semua ibu dan bapa. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya amat berat.
“Kenapa mesti Ayu ayah?? Kenapa? Walhal Ayu bukan anak sulung atau angah tp ayu kan dah ke- 2 akhir. Sepatutnya ayah minta dari Kak Long lagi “.
Hanya kata-kata itu saja bermain dalam fikirannya yang tidak mampu diluahkan. Ayu anak ke-11 daripada 12 orang adik beradik dan dia juga yang selalu menjadi perhatian ayahnya. Ayu lebih rapat dengan ayah jika hendak dibandingkan ibunya.
Debaran dan keresahan Zaimah Ayu bakal terungkai hari itu juga. Dia tidak yakin akan mendapat result yang cemerlang, lagipun dia tidak ada keinginan yang tinggi untuk melanjutkan pelajarannya sehingga ke IPTA. Dia teringat kepada sekumpulan bekas pelajar dari IPTA yang membuat ceramah motivasi kepada pelajar SPM dan STPM di sekolahnya. Mereka selalu cakap betapa seronoknya belajar di universiti tp waktu itu fikirannya masih kosong untuk memikirkan soal itu.
“Kok! Kok! Kok!”. Pintu bilik di ketuk ibunya. Ayu tersedar dari lamunannya.
“Dah bangun lum?. Solat subuh dah lewat ni”.
“Dah Mak. Ayu dah solat tadi”.
“ Baguslah. Jangan tidur plak lepas subuh nanti susah rezeki nak masuk. Tolong kejutkan adik sekali”
“ Yea Mak. Ayu tak tidur dah,seke jap lagi ayu turun”.
Setelah ibunya beredar, Ayu terus mengejutkan adiknya yang enak dibuai mimpi, tetapi tidak diendahkan oleh adiknya. Sikap adiknya yang susah untuk bangun pagi Ayu menjadi geram lalu diambilnya penyangkut baju yang berada di birai katil dan mencucuk hidung adiknya, membuatkan si adik terkejut dan terus bangun.
Tiba-tiba emaknya memanggil dengan suara yang lantang supaya Ayu segera turun membantunya menyiapkan sarapan. Biasanya ayah akan bersarapan dahulu sebelum keluar ke kandang kambingnya. Ayah Ayu merupakan seorang pesara kerajaan dan bagi menambahkan pendapatan keluarga menternak kambing sebagai sumber keewangan keluarga untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
“Ayu…oo Ayu… Cepat sikit turun tu”.
“Yea mak, Ayu turun sekarang”.
“ Adik kamu dah bangun lum tu?”
“Dah mak, geram betul budak tu orang kejut baik-baik tak nak bangun. Ayu cucuk hidung dia dengan hanger baru bangun. Sayang sangat nak lepas bantal busuk dia”.
“ Ya Allah, bertuahnya budak ni buat macam tu kat adik…tp bagus jugak tu, kalau tidak diusik macam tu mesti sedap lagi la dia tidor. Subuh ntah kemana, tido je memanjang. Bunyi suara ayah kamu baru la terkontang kanting nak bangun”.
“Hahahaha….Padam muka dia mak. Lepas ni lau dia bangun lambat lagi Ayu nak siram dengan air plak. Emm ayah mana mak? Dari tadi tak nampak pun”.
“Elok sangat la kamu buat macam tu, jangan sampai bergaduh sudah. Hem ayah kamu ke kandang kambing dialah. Semalam kan hujan lebat, risau sangat la tu takot kambing dia kesejukan”.
“Haa lain kali suh ayah bagi selimut je kat kambing- kambing tu mak. Lepas ni tak de la kambing tu sejuk lagi”.
Ayu terus ketawa berdekeh-dekeh dengan kata-katanya. Gila nak bagi kambing tu selimut.
“Merepek je kamu ni Ayu. Dah la tu, cepat kupas bawang dan potong sayur sekali nak buat bihun goreng. Nanti kan ayah kamu balik, makanannya belum ciap lagi”.
“Ok bos”.
Sambil tersenyum, Ayu membuat kerja-kerja yang diarahkan ibunya tadi. Keresahan hatinya tadi hilang seketika. Debaran menunggu keputusan peperiksaan amat menyeksakan sesiapa sahaja yang mengalaminya. Sebagai umat Islam, kita perlu berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar setiap perkara yang kita lakukan mendapat keberkatan. Selepas berusaha, umat Islam hendaklah bertawakal dan tawakal tanpa usaha tidak akan memperoleh ganjaran-Nya.
…
Jam berdetik, mengelilingi rodanya dari satu angka menuju angka lain lagi. Lebih kurang jam 8 pagi, Haji Shafie pulang dari pusat penternakan kambing-kambingnya. Pakaian ayah agak comot, mungkin kerana keadaan jalan di kawasan tempat ternakan kambing becok atau orang pantai timur cakap “lecoh”. Ayah mempunyai minat yang mendalam tentang penternakan kambing ini. Biarpun keadaan ayah comot dan mempunyai wangian hamis kambing, tetapi Ayu bangga mempunyai seorang bapa yang masih gigih bekerja di kala usia senjanya sudah mencecah 65 tahun. Haji Shafie tidak betah duduk diam atau bersenang-senang di rumah, baginya orang yang malas sahaja yang boleh bersenang mengilas tangan di rumah. Dia juga seorang yang tegas dan garang tetapi jauh di sudut hatinya mempunyai sifat kebapaan yang sangat tinggi.
“Assalamualaikum”. Haji Shafie melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“Waalaikumussalam, ayah dah balik. Macam mana dengan kambing- kambing tu semua ayah? Ada yang sakit ke?”.
“Biasalah Ayu kalau musim hujan macam sekarang ni ada la seekor dua yang sakit. Kembung perut je tu, ayah dah bagi daun kayu dengan garam. Nanti baik la tu. Ayu, hari ni ke esok keputusan exam kamu keluar?”.
“Emmm hari ni. Kenapa ayah?”
“Ooo..Habis tu pukul berapa boleh ambilnya. Nanti ayah hantarkan kamu, kebetulan ayah nak jumpa dengan Encik Zahari minta dia hantarkan makanan kambing tu dah nak habis”.
“Pukul 10 pagi ayah. Tak mengapalah ayah. Nanti Ayu pergi sendiri lagipun dah janji dengan kawan semalam nak pergi sama-sama”.
“Nak pergi sendiri boleh Ayu tapi ayah tak nak kamu balik lambat. Ayah cuma risau je dengan keadaan sekarang ni, petang-patang kan hujan lebat dengan guruh kilat kuat ”.
“Ye ayah, Ayu tahu. Marilah makan bihun goreng dan jemput-jemput ni ayah.”
“ Yela. Mak kamu kemana? Senyap je”.
“Ada ayah kat atas tu. Ayah makan la dulu Ayu panggilkan emak.”
Ayu mendapatkan ibunya dan memberitahu tentang kepulangan ayahnya. Hajah Fatimah tergedek-gedek ke dapur menemani suaminya makan sementara Ayu meneruskan kerja-kerja rumah. Setelah selesai dia segera bersiap untuk pergi ke sekolah, tetapi hatinya menjadi gundah gulana kembali. Tetapi dia terus beristighfar kepada Allah s.w.t agar hari ini Allah dapat memberi berita gembira dan hadiah yang paling bermakna buat ayahanda tercinta.
“Tahniah Ayu, tapi…”
“Tapi apa cikgu? Macam mana dengan keputusan peperiksaan saya?”
“Awak lulus dengan baik Ayu, cuma satu subjek je yang menyebabkan result awak rosak. Jangan putus asa Ayu mungkin ini bukan peluang awak lagi, banyakkan bersabar ye”.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata yang meluncur dari bibir cikgu Latifah. Ayu Zaimah segera mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM nya dari tangan cikgu yang bertugas. Dengan itu air matanya gugur tanpa dipaksa-paksa. Hatinya luluh, harapanya berkecai. Gambaran wajah ayah dan ibunya silih berganti. Ayu tidak dapat menahan tangisannya lagi dengan keputusan peperiksaannya itu. Dia membayangkan betapa suramnya putaran kehidupan yang bakal dilaluinya. Dia malu dengan kawan-kawan yang jauh lebih cemerlang darinya. Sukar untuk dia meluahkan suara hati pada waktu itu.
Ayu berkurung diri dalam kamarnya. Hujan yang turun bagaikan berkongsi rasa dengan penghuni buminya. Ayu memerhatikan kamar biliknya yang cantik dihiasai bingkai lukisan permandangan senja, warna biru kamarnya tidak mampu memberi ketenangan dihati. Dia merasakan dinding-dinding kayu itu mengejeknya. STPM pun kau tak lepas Ayu,macam mana kau nak cari kerja? Mimpi je kau nak buat ayah gembira. Bantal kekabunya dilemparkan pada dinding, marah dengan ejekan yang bermain dibenaknya. Ayu menangis, menangis dan terus menangis. Segala panggilan dan pesanan ringkas yang dihantar oleh kawannya melalui telefon tidak dihiraukan. Dia mahu menyendiri. Malam dingin itu mengulit Zaimah Ayu tidur bersama sendu dihati.
“Ayu, tadi ayah ada berjumpa dengan cikgu kamu di sekolah. Mereka cadangkan Ayu ambil peperiksaan STPM sekali lagi. Nak tak?”
“Entah la ayah, Ayu rasa kecewa sangat. Ayu takut sia-sia sahaja kalau result tetap macam dulu juga”.
“Ayu, yang lepas tu biarkan berlalu. Ayah faham, mungkin ada sebab Allah nak menduga kamu tu. Kita perlu berusaha lagi, jangan jadikan kegagalan sebelum ni sebagai halangan untuk kamu meneruskan cita-cita kamu”.
“Ayu tak pasti lagi lah ayah. Nanti Ayu fikirkan dulu, lagi pun kalau Ayu ambil sekali lagi peperiksaan tu perlukan duit yang banyak ayah. Nak bayar yuran lagi lepas tu, setiap bulan perlu bayar juga untuk masuk sekolah”.
“Soal duit kamu tak perlu risau. Ayah akan usahakan, yang penting kamu tu. Ayah dah bagi peluang untuk kamu memperbaiki result tu. Ayah buat macam ni bukan untuk diri ayah tapi untuk kamu Ayu. Masa depan kamu sendiri”.
“Ya Ayah, Ayu faham”.
Tawaran yang diberikan oleh ayahnya bagaikan suatu sinar baru untuk dirinya meneruskan cita-cita yang ditanamnya seketika dahulu. Ayu membuat solat hajat dan istikarah pada malam itu untuk memohon petunjuk agar segala keputusan yang akan diputuskan nanti dapat memberi kebaikan untuk dirinya. Sebelum melelapkan mata jam 3 pagi itu, Ayu cuba mencari kekuatan dalam dirinya demi ilmu dan harapan seorang ayah. Sebenarnya Ayu sedari awal lagi mahu mengulang kembali peperiksaan STPM itu tetapi dia tidak punya keberanian untuk menyampaikan hasratnya kerana takut dibantah oleh orang tuanya. Tawaran yang diberikan petang tadi sangat ditunggu-tunggunya.
Alhamdulillah, akhirnya Ayu dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya. Dia nekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut ilmu hingga ke menara gading. Kali ini bukan kerana suruhan orang tuanya sahaja tetapi dengan kemahuan dirinya sendiri. Pagi Ahad yang damai itu menyambut niat murni Ayu Zaimah. Dengan tenang dia melangkah ke Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT) untuk membuat pendaftaran peperiksaan serta memilih subjek yang bakal dipelajarinya nanti. Cikgu Aklima menyambut baik dan mengalu-alukan kedatangan pelajar baru. Baginya pelajar yang belajar di PPYT bukanlah yang pelajar yang tidak pandai tetapi mungkin rezeki mereka belum ada lagi untuk ke puncak jaya.
Keesokkannya Ayu Zaimah memulakan sesi pembelajarannya. Walaupun agak terlewat mendaftar berbanding dengan kawan-kawan yang lain, dia tidaklah sukar untuk belajar kerana sebelum ini dia pun sudah belajar subjek itu semua kecuali mata pelajaran geografi. Sebelum ini Ayu paling tidak suka dengan subjek tersebut tetapi dia mahu mencuba baginya jika ada kemahuan pasti ada hasilnya. Sesiapa yang berusaha bersunggug-sungguh Allah akan membantu mereka. Sepanjang menelaah pelajarannya, Ayu tinggal di asrama yang telah ditempatkan oleh pihak sekolah. Dia lebih selesa berada di asrama kerana boleh menumpukan perhatian pada pelajaran disamping dapat membuat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran bersama kawan-kawan yang lain. Setiap malam Ayu akan membuat solat hajat dan mengulangkaji pelajaran mengikut jadual yang dirancangnya sendiri. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Peperiksaan STPM bakal menjelang awal November 2008, Ayu semakin berdebar, masa yang tinggal hanya dua bulan sahaja lagi.
Hujung minggu ini Ayu tidak pulang ke rumah. Masa yang ada digunakan sebaik-baiknya. Seperti biasa, setiap pagi hujung minggu Ayu akan bangun awal membuat solat sunat dan membaca Al-Quran hingga ke subuh. Hatinya tenang, walaupun rindu akan emak dan ayahnya, dia mesti bersabar.
“Ring! Ring! Ring! Ring!”
“Assalamualaikum”. Ayu memberi salam, pelik pagi-pagi yahnya dah telefon.
“Waalaikumussalam, Ayu cepat bersiap jap lagi abang datang ambil”. Tegas berbentuk arahan dari ibunya.
“Kenapa mak? Cemas je ni?”.
“Emm Ayah kamu diserang sakit jantung, sekarang dekat hospital”.
“Hah? Bila lagi mak? Macam mane keadaan ayah sekarang?”
“Doktor sedang merawat ayah lagi di unit kecemasan, mungkin ayah akan dihantar ke Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM). Banyakkan bersabar, doa banyak-banyak. Kamu bersiap cepat abang dalam perjalanan jemput Ayu dah tu.”
“Ya Mak”.
Ayu amat sedih berita yang diterimanya itu. Langsung tidak terduga Allah memberi dugaan yang maha hebat buatnya dan keluarga. Sebelum ini, tiada tanda apa-apa tentang penyakit itu. Air idak mahu matanya merembes keluar tanpa dipaksa-paksa. Kawan-kawannya datang menengkannya. Emosi Ayu terganggu. Ayu hanya mampu istighfar banyak-banyak dan memohon padaNya agar ayahnya selamat. Penyakit jantung amat bahaya dan boleh meragut nyawa pesakitnya, tetapi Ayu tidak mahu perkara itu menghantuai kotak fikirnya.
Sebaik sahaja Abang Hakimi tiba, Ayu segera mendapatkan abangnya. Pelbagai persoalan bermain di benaknya. Kereta Myvi yang dipandu Abang Hakimi meluncur laju menuju ke Hospital Besut. Hakimi merupakan abang kesepuluh dari dua belas beradik. 15 minit kemudian mereka sampai di hospital. Adik beradik yang lain semua dah sampai kecuali yang tinggal di Terengganu dan Pahang lambat sedikit kerana jarak yang jauh.
“Ayu, belajar sugguh-sungguh ya nak. Buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti. Ayah tahu Ayu boleh buat. Ayah tak tau sempat tengok Ayu masuk universiti atau tak”. Pesanan Haji Shafie menusuk jantung hati Zaimah Ayu. Tangisannya tidak henti-henti.
“Ayah jangan cakap macam tu. Ayu nak ayah sentiasa menyokong Ayu. Ayu tak nak kehilangan ayah…Ayah mesti kuat, lawan sakit ni “.
Doktor melarang Haji Shafie bercakap banyak untuk mengelakkan sesak nafas. Ayu amat takot apabila melihat banyak wayar-wayar di lekatkan pada tubuh ayahnya. Tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung ayahnya. Ayu keluar seketika dari Unit Kecemasan menghilangkan keresahan jiwanya, namun dia terus teresak-esak. Adik beradiknya yang lain turut sedih dengan keadaan ayah mereka.
Dalam pukul 12 tangahari ayah terpaksa dihantar ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya. Mengikut doktor yang merawat ayah, keadaan jantung ayah agak kritikal kerana saluran jantungnya tersumbat. Penerangan Doktor Rahman menambahkan tekanan buat Ayu sekeluarga. Mereka mengekori ambulans yang membawa Haji Shafie ke hospital.
Di sana Haji Shafie ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan ayah menyedihkan sesiapa yang melihatnya. Ayu amat takut. Doktor cadangkan agar ayah di bedah segera. Adik beradiknya tidak tahu untuk membuat keputusan termasuklah Hajah Fatimah. Mereka mengambil kata sepakat untuk bertanya kepada Haji Shafie sendiri tentang perkara itu. Setelah perbincangan dibuat ayahnya tidak mahu di bedah, hanya mahu berserah pada takdir Allah sahaja. Semua bersetuju dengan keputusan ayah kerana tidak mahu menambahkan lagi kecelaruan yabg sedia ada dan demi menjaga hati dan perasaan ayah. Beberapa hari menerima rawatan di ICU keadaannya semakin stabil. Alhamdulillah, Haji Shafie semakin pulih dan dipindahkan ke wad rawatan biasa tetapi dibawah pemerhatian jururawat sepanjang masa.
“Ayu, pulang ke asrama lah hari ni. Keadaan ayah dah stabil sekarang, tak payah fikirkan sangat nanti terganggu pelajaran pula. Tinggal sedikit je masa lagi kamu nak exam tu. Nanti kalau ada apa-apa hal mak telefon lagi”.
“Ya mak. Petang nanti Ayu balik asrama”.
“Ingat pesan mak, jangan fikirkan sangat tentang ayah ni, lagi pun semua dah selamat. Sehari dua lagi boleh balik la tu. Jangan lupa buat solat hajat, minta doa banyak-banyak. Belajar baik-baik”.
Sebelum pulang ke rumah Ayu menyalami ibu dan ayahnya. Dia rasa berat hati untuk pergi ke asrama. Ayu cekalkan hati, jadikan dugaan yang menimpa dirinya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang memburu keputusan yang baik dalam STPM kali ini.
Pejam celik- pejam celik bulan November muncul juga akhirnya. Debaran Zaimah Ayu kini memuncak, dia memasuki medan perangnyadengan ilmu-ilmu yang dikutipnya sebelum ini. Setelah berusaha gigih Ayu Zaimah mampu tawakal kepada Allah A.W.T agar diberi kekuatan ingatan ilmu-ilmu yang di terimanya dan memudahkan segala urusan.
Selepas tamat peperiksaan Zaimah Ayu pulang ke rumah. Dia bercadang untuk mencari kerja sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan. Kebenaran orang tuanya dipohon. Haji Shafie dah Hajah Fatimah membenarkan Ayu bekerja. Mereka tidak suka membiarkan anaknya membuang masa dengan begitu sahaja. Lagipun niat Ayu bekerja untuk meringankan bebanan mereka disamping mencari pengalaman. Keadaan Haji Shafie pun yang uzur tidak menginzinkan dia bekerja kuat seperti dulu.
Setelah hampir 4 bulan bekerja, debaran buah hasil usaha keras Zaimah Ayu dalam STPM nya bakal terjawab. Keputusan peperiksaan akan di umumkan. Zaimah Ayu sudah bersedia menerima keputusan peperiksaannya itu. Pagi Isnin, Ayu bersiap-siap ke sekolah PPYT yang terletak di Kampung Raja, Besut untuk mengambil keputusan peperiksaannya. Sesampainya di sekolah Ayu menerima ucapan tahniah dari kawan-kawannya dan guru-guru. Alhamdulillah, sujud syukur ke hadrat Ilahi, berkat doa dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ayu kini membuahkan hasil yang amat manis. Dia salah seorang calon yang cemerlang dengan mendapat nilai purata CGPA 3.75. Ayu sangat gembira dan dia tahu berita ini mampu membuat mak dan ayahnya tersenyum puas. Inilah hadiah paling bermakna buat bonda dan ayahanda tercinta dari adindamu. Semoga Allah memberkati dan merahmati kelaurga Haji Shafie sekeluarga.
hasil karya
noor zanariah shafie
***cerpen ini hasil karya penulis sendiri, ada kaitan dengan kisah hidup sendiri. cerpen ini juga adalah hasil buah tangan pertama penulis dalam belajar menulis cerpen dalam subjek penglahiran bakat kreatif.