biodata penulis
Tanggal 18 Februari 1988, saya telah dilahirkan di Kampung Gong Kulim, Jerteh Terengganu. Allahamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dapat menjengah ke dunia yang fana ini. Kini usiaku telah meningkat 23 tahun dalam melayari bahtera kehidupan yang sementara ini. Kelahiranku bukan keseorangan, ada sepuluh adik-beradik yang lain menyambut kehadiranku, dan saya anak ke 11 daripada 12 orang adik beradik.
Nama diberi Noor Zanariah Binti Shafie, kini masih menetap di tanah kelahiran asal, terima kasih buat bonda Fatimah Binti Awang Ahmad dan ayahnda Shafie B. Ismail terus menjaga, mendidik dan memberikan yang terbaik buat anaknda ini untuk meneruskan kehidupan ini.

pendidikan
Menerima pendidikan awal di Tabika Kayu Kelat, Jerteh Terengganu diusia 6 tahun pada tahun 1995, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Jerteh pada tahun 1996 hingga tahun 2000 dan mengambil peperiksaan (UPSR) Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah yang sama. Pada tahun 2001 hingga 2002 saya melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Agama Maarif(SMAM) Kampung Raja Besut selama dua tahun, namun demikian pada pertenggahan tahun 2002 saya telah bertukar ke sekolah harian biasa iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Jerteh sehingga tahun 2007. Saya telah mengambil Penilaian Menenggah Rendah (PMR) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah yang sama pada tahun 2003, 2005 dan 2007.
Pencapaian yang agak mengecewakan dalam STPM 2007, saya menyambung persekolahan ke Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu pada tahun 2008 untuk mengambil semula STPM. Allamdulilllah, berkat doa restu kedua ibubapa tercinta serta usaha yang tidak menggenal erti lelah dalam menimbal ilmu, saya akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading pada tahun 2009 di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Bacelor Sastera (Penghususan Kesusasteraan Melayu). Kini saya sudah berada di semester kelima dan InsyaAllah pada tahun 2012 akan bergraduat. Semoga saya berjaya dengan cemerlang dan dapat menlanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, mohon doa dari kalian semua. Amin.
maklumat untuk dihubungi:
[email protected]