PENGENALAN SAJAK
Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Tema - Persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar.
Contoh - Perpaduan.
Persoalan - Hal-hal yang dipersoalkan dalam sesebuah karya (sajak) untuk memantapkan tema. Contoh persoalan – Hubungan kerjasama, amalan saling menghormati dan perasaan muhibah antara kaum yang menyokong tema perpaduan.
Definisi Puisi
Antara definisi paling popular dari Barat ialah definisi oleh S.T. Coleridge. Puisi didefinisikan
oleh Coleridge sebagai "Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik": The best words in the best order. Ada dua definisi utama yang telah dibuat di Malaysia, seperti yang berikut: (a) Definisi Za'ba. (Za'ba menggunakan istilah "karangan berangkap" untuk puisi.):
Karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan
melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.
Menurut Muhammad Hj. Salleh. (Definisi ini diasaskan kepada aspek bentuk, bahasa dan
tema.):
Karya yang dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut:
i- bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasa;
ii- bahasa yang lebih padat, teliti, dan kadang-kadang mendekati lagu;
iii- temanya diolah dari hidup harian tetapi dipersembahkan kepada pembaca atau pendengar
dengan sudut pandangan yang agak luar biasa, dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca
atau pendengarnya; dan
iv- mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
Selain itu makna puisi juga bersandarkan kepada kata 'puitis'. Kata puitis ialah kata sifat yang
merujuk kepada sesuatu (karya) yang memiliki ciri-ciri puisi. Terdapat juga pengkaji-pengkaji
yang membezakan makna "sajak" dengan "puisi". Misalnya, Muhammad Haji Salleh
menafsirkan "puisi" sebagai karya yang mencapai taraf yang agak tinggi di dalam penggarapan
bahasa, tema, dan tekniknya manakala "sajak" ialah karya ringan dan belum sampai pada tahap
hasil sastera yang tinggi.
1.2 Sajak Sajak dibahagikan kepada jenis tertentu berasaskan beberapa aspek, seperti yang berikut: (a)Dari aspek aliran, sajak dikatakan romantisme, realisme, eksistensialisme, dan lain-
lain;
(b) dari aspek bentuk (luaran), sajak dikatakan kuatren, terzina, soneta, dll.
(c) dari aspek kebolehfahaman, sajak dikatakan polos (diaphan), taksa (ambiguous), prismatik, atau kabur; dan (d) dari aspek ciri kandungan, sajak dikatakan abstrak atau konkrit. Sajak merupakan bahan yang sesuai untuk disampaikan kepada para pelajar sebagai
bahan sastera di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di bawah ini diberikan satu contoh
sajak untuk dibuat bahan pengajaran dan pembelajaran (KOMSAS).
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk
membantu penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah. Bahan sastera yang
digunakan diambil kira dari segi penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yang
digunakan
***sumber: http://www.scribd.com/doc/13290873/Tugasan-Bahasa-Melayu-OUMAZIAN-ZAINUL-BIDIN-SK-KOPOK
oleh AZIAN BIN ZAINUL BIDIN , beliau menulis tugasan untuk Pengenalan Bahasa Melayu di Open Universiti Malaysia.

koleksi sajak penulis
mencari redha
Berfikir dan terus berfikir
Termenung sendiri
Berfikirberfikirberfikir
Menilai diri anugerah Ilahi
Sempurnakah imanku
Kuatkah aku mengejar sabar
Kuatkah aku harungi dugaan-Mu
Ya Rahman
Ya Rahim
Maha suci-Mu ya Allah
Aku berdoa memohon
Suburkanlah kesabaran buatku
Suburkanlah kekuatan jasmani rohaniku
Teguhkanlan keimananku
Untuk kehidupan ini
Agar diriku pasrah
Pasrah dalam redha
Redha dengan hakikat
Hakikat duniawi
Ya Allah
Hanya padamu
Untuk hidup dalam keredhaan
Redha yang abadi
hasil karya
noor zanariah shafie
HATI
***google
Bila hati gembira
Mataharisenyum di wajahku
Bila hati rawan merintih penuh duka
Hujan airmata membasahi pipiku
Bila keresahan bangun tiada
Salji turun menyelimuti hati sejukku
Bila Hati Jatuh Cinta
Tidak lagi lena detak jantung hatiku
Tidak lagi norma detak jantung hati ku
Bila hati menjadi milikmu
Betapa mahalnya cintaku
Untuk dihargai penuh kebahagiaan hatimu
Untuk diuji ikhlaskah tulusmu
Jangan tinggalkan jujur hatimu
Kerana hati ini untukmu
hasil karya:
noor zanariah shafie
Mataharisenyum di wajahku
Bila hati rawan merintih penuh duka
Hujan airmata membasahi pipiku
Bila keresahan bangun tiada
Salji turun menyelimuti hati sejukku
Bila Hati Jatuh Cinta
Tidak lagi lena detak jantung hatiku
Tidak lagi norma detak jantung hati ku
Bila hati menjadi milikmu
Betapa mahalnya cintaku
Untuk dihargai penuh kebahagiaan hatimu
Untuk diuji ikhlaskah tulusmu
Jangan tinggalkan jujur hatimu
Kerana hati ini untukmu
hasil karya:
noor zanariah shafie
HARAPAN
***google
_
Terjaga
dari lena
Hujan mutiara jernih
Membasah bumi
Hati hiba
Merintih sepi
Berlagu sunyi
Muhasabah diri
Kekerdilan diri
Kejahilan diri
Penuh seribu satu persoalan
Mengharukan kotak fikir
Lantas
Sejukkan diri bersama wudhuk
Tidurkan sejadah, solat
Menyembah diri pada-MU
Selawat buat kekasih junjungan
Penuh insaf harapan ditabur
Mohon pada-Nya
Berkat Ilahi
Bawa ke taman ketenangan
Bawa ke taman kemuliaan
Bawa ke taman syurga
Mengapai Nur-Mu
hasil karya
noor zanariah shafie
Hujan mutiara jernih
Membasah bumi
Hati hiba
Merintih sepi
Berlagu sunyi
Muhasabah diri
Kekerdilan diri
Kejahilan diri
Penuh seribu satu persoalan
Mengharukan kotak fikir
Lantas
Sejukkan diri bersama wudhuk
Tidurkan sejadah, solat
Menyembah diri pada-MU
Selawat buat kekasih junjungan
Penuh insaf harapan ditabur
Mohon pada-Nya
Berkat Ilahi
Bawa ke taman ketenangan
Bawa ke taman kemuliaan
Bawa ke taman syurga
Mengapai Nur-Mu
hasil karya
noor zanariah shafie